Thursday, July 23, 2009

Share civilized:´we get we share we adD´.


Share civilized:`we get we share we add`
Usahawan kritis,tunggak siswa-siswi,kerangka idea baru,berkesan dan berkualiti.Dari budaya berkongsi,´kita dapat kita kongsi kita tambah´,banyak idea dapat dikeluar dan diproses menjadikan hasil.Bagi jiwa seorang usahawan,setiap idea yang dirasa kualiti,pasti di usaha sehabis baik sehingga berhasil menjadi tepu.Seluk saku kanan,penuh hasil.Tak lupa saku kiri,penuh barokahnya.Hal ini sangat berkait dengan budaya(tiga kita)seperti dinyatakan diatas.
Skop seorang siswi dalam budaya berkongsi ini sebenarnya luas sebagaimana diwartakan di akhbar hari ini.Walaupun bidang pengajian yang diduduki sama sekali tidak berkaitan dengan usahawan dan perniagaan,kesediaan berjiwa usahawan itu perlu ada bagi setiap pelajar,setidak-tidaknya sebagai back up di alam kerjaya nanti.Persaingan di alam kerjaya sebenarnya adalah lebih getir dan mencabar serta berdaya saing.Jadi,bagi mengatasi kekangan ini,saya sebagai seorang mahasiswi dalam bidang bahasa arab kesusateraan tertarik dengan budaya berkongsi ini:kita dapat kita kongsi kita tambah.Idea saya banyak terhasil dari rangkai kata (tiga kita) ini.Pertama,sejurus kukuh penguasaan bahasa ini,besarlah harapan saya untuk menghasilkan penulisan-penulisan sastera sesuai dengan pengajian saya pelopori hari ini.Memandangkan bahasa arab bukan sesuatu yang baru bagi saya,keyakinan untuk menghasilkan karya sebelum manamatkan pengajian itu kuat,dan sememangnya wajar untuk diproduksikan.Saya belajar,saya dapat.Satu(kita)sudahpun selesai.
Seterusnya,setelah hasil karya itu diproduksikan menjadi bahan untuk umum,dua(kita) telahpun selesai.Saya berkongsi ilmu dan penguasaan kepada umum sebagai pembaca.Perlu saya jelaskan disini,penulisan yang terhasrat untuk diproduksi di peringkat ini,hanyalah berbentuk kisah-kisah pendek,sesuai untuk bacaan kanak-kanak.Beerti,buku cerita kanak-kanak.Sasaran hanya pada sebilangan tertentu sahaja.Seperti kanak-kanak sekolah di beberapa pengajian terpilih sahaja.Saya punya banyak kenalan yang bersetuju mempromosikan bahan produksi seperti itu.Ibu bapa banyak menyokong dalam usaha ini.Disamping teman-teman di universiti,kenalan yang masih mengenali saya,pastinya usaha kongsi:tiga(kita)ini akan membuahkan hasil.Biarpun percubaan ini tidak terlalu semarak di peringkat awal,saya yakin akan keterusan idea ini dan ia mampu berkembang ke peringkat yang lebih jaya suatu masa nanti.Setidak-tidaknya,praktis usahawan itu ada sedari awal sebelum saya meninggalkan pengajian di peringkat ini.Jika ada peluang lagi,saya akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,dan pastinya keterusan idea budaya berkongsi ini tidak akan saya lepas begitu sahaja.Di usia yang lebih matang,beserta pengamatan bahasa yang lebih kukuh,pastinya keterusan karya dan penulisan ini dapat diteruskan.Dengan izin Allah,Insya Allah.Mungkin bukan berbentuk buku cerita lagi,tetapi lebih berbentuk ilmiah.Sesuai dengan kriteria seorang usahawan,saya juga akan berusaha membudayakan produksi penulisan yang berbeza.Disamping menulis,identiti dan cara bagi seseorang penulis menggayakan karyanya itu penting.Mungkin perlukan sedikit perbezaan dari para penulis lain.Jadi,ianya perlu pada kerahan idea kritis yang perlu saya fikirkan.Walaubagaimanapun,penulisan-penulisan itu handaklah sesuai dan berlandas pada garis pengsyariaátan diin..tidak perlulah terlalu sastera.
Kemudian,tiga(kita) suka saya huraikan dengan cara yang cukup mudah.Apabila sudah dapat,sudahpun berkongsi,jadi yang terakhir ibarat satu kata untuk melabuhkan tirainya.Bagi seorang usahawan,inilah yang paling bermakna dan pelengkap seribu satu pengorbanan.Setelah penat berfikir untuk mendapat idea dari minda yang difikirkan tidak terlalu kritis,tetapi akhirnya kritis.Selepas itu,usaha diteruskan pula untuk berkongsi,dan inilah masanya untuk menambah hasil yang ternanti-nanti untuk ditambah ke dalam saku.
Sebenarnya,banyak lagi yang boleh dilabel sebagai budaya berkongsi selain dari memproduksikan penulisan.Contohnya,menghasilkan sebarang produksi berkaitan pemakananan,pengajaran dan pembelajaran menerusi CD,DVD,penerbitan filem,sketsa,kartun bahasa arab,perlancongan,perusahaan runcit,dekorasi kediaman,seni lukis,tulisan khat dan sebagainya.Cuma lagi,berbalik pada individu bagaimana cara menjayakan idea terbisik dalam minda dia seorang usahawan.Usahawan yang suka berkongsi suatu idea-idea dan produksi baru kepada umum,selalunya memperolehi kejayaan berkat ikhlas dan usaha gigihnya membuahkan idea,dan berusaha kepada hasil.Kesudahannya,bagi tugasan1:UMW1012-ASAS PEMBUDAYAAN&KEUSAHAWANAN ini,ingin saya simpulkan satu,dalam usaha membudayakan idea yang ada sebagai persediaan budaya berkongsi,jangan lupa tanggungjawab utama sebelum menamatkan pengajian.Belajar bersungguh-sungguh,hargai peluang yang ada,dan jika ada masa terluang boleh berfikir untuk tujuan yang seterusnya,membudayakan idea sebagaimana kritisnya jiwa usahawan dalam memacu visi sesuatu produksi.

1 comment:

Biskuit said...

en.sabre kate hntrni dpt xtra 5mark kn.hik..ore wat,hntrjela.