Thursday, August 27, 2009

SURAT DARI MAULANA MUHAMMAD TALHA ANAK SHEIKHUL HADITH MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA (RAH) MENGENAI "MANZIL"


Ayat-ayat Al-Quran yang terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai “Manzil”.Alim.ulama dalam keturunan kami telah member keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal.Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal.Oleh sebab itu,kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.
Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan samada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim-ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh member i perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir.Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman.Amalan seumpama ini(dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa,”Tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir.Di samping itu,seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan,pencuri,binatang buas dan lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar”, ´Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan,tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit.Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah,percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah´.
Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripada al-quran yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara asing.Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh(menumpukan perhatian kepada Allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah,sejauh itulah amalan ini boleh member manfaat.Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandawi,
(Syaaban 23,1399)

منزل بالرَّسم العُثمانى

"MANZIL RESAM UTHMANI"

Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan samada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada para ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.

Amalan membaca Manzil ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir.Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman.Amalan seumpama ini telah disebut dalam kitab al-Qaulul Jamil dan Behisti Zewar.

Suatu perkara sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh.Sejauh mana seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah,sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat kepadanya.

p°s:فكر لوحدك لازالة حزنك

Thursday, August 13, 2009

Doa pelindung dari h1n1

Assalamualaikum wbt..
ila akhowat satu malaysia,dlm keadaan kita di ancam oleh jangkitan maut h1n1@influenza A selesema babi yang didatangkan oleh Allah swt kpd kita sbg ujian@bala,sy mengajak anda semua melakukan solat hajat&solat taubat sebanyaknya dan membaca doa-doa khas u2k penyakit2 berjangkit,banyakkan membuat kerja dakwah nabi saw,jgn sekali-kali tinggalkan solat,berjemaah disurau@masjid,sebab ini semua amalan yang sangat menyukakan Allah taala.

Dalam kitab doa-doa pilihan yang ditulis oleh
الشيخ ابن أحمد التميمي الماليزي رحمة الله عليه(seorang murshid)ada satu doa yang sangat masyhur dikalangan org2 zaman dahulu,iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit berjangkit seperti taun,denggi,selesema burung,pernafasan akut,selesema babi h1n1 dan jenis-jenis penyakit berjangkit.

Marilah seluruh rakyat Malaysia kita bergotong-royong membaca sebanyak-banyaknya doa dibawah ini,niatkan untuk diri sendiri,keluarga tercinta&seluruh rakyat malaysia.Mohon doa merayu kpd Allah swt,smoga kita semua rakyat malaysia&sesiapa juga yang memijak bumi malaysia selamat dan dilindungi serta dihindarkan oleh Allah taala dari bahaya semua jenis jangkitan maut selama-lamanya.
amin..ya Rabbal ´Alamin.

"BETULKAN YAQIN KITA SETIAP MASA,SESUNGGUHNYA SETIAP PENYAKIT ITU DATANGNYA DARI ALLAH TAÁLA,SIHAT JUGA DATANGNYA DARI ALLAH"

inilah doa pelindung dari semua penyakit maut berjangkit oleh Asy-Sheikh Ibnu Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi rahmatuLlahi álaih(seorang mursyid):

لي الخمسة أطفي بها حر الوباء الحاطمة المصطفى والمرتضى وابنا هما مع فاطمة"
ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit.mereka itu ialah nabi yang terpilih,Ali yang diredhai,Fatimah&ketua anaknya(Hassan&Hussein)"

-Baca lps solat lima waktu 7x atau 21x atau 40x,dan bacalah juga sepanjang masa setakat yang mampu.
-Disediakan oleh Ustaz Thalut@Muhammad Adeeb b.Sakiran,Qisim Dakwah Bebas,Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)kATEGORI:D1-D2&D3-No rujukan Fail JAI/SEL/O3/024/5/14LD2
H/P-0123255934

Wahai kaum muslimin/tolong fotostat 100 atau seberapa yang mampu,sebarkan kpd seluruh rakyat malaysia.

p/s:Ry2 nak print assignment kat bilik sorg sis.dia bg ini.lameni mmg ader gak cari2.tp blum jmp ag.thankz sis..Alhamdulillah.