Saturday, January 28, 2012

solat sunnat dhuha



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Thursday, January 19, 2012

tips ajar anak-anak solat

Usaha mengajar anak-anak solat merupakan satu usaha yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu bapa. Ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan terus bersungguh-sungguh sehingga solat menjadi darah daging anak-anak. Usaha ini mestilah dimulakan sejak anak-anak masih kecil bak kata pepatah, lenturlah buluh dari rebungnya.

Anggaplah solat ini satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding pencapaian-pencapaian lain di dalam hidup anak-anak. Kita mengimpikan anak-anak yang soleh yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia nanti. Jika mereka tidak solat, bilakah masanya mereka akan mendoakan kita.

Di sini dikongsikan tips-tips mengajar anak-anak solat, moga bermanfaat!

Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."

Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.

Membiasakan anak-anak dengan solat

Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"

umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.

Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat." Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat

Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"

Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

Mengajar anak solat

Umur 5-6 tahun
· Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.

Praktikal solat yang dibuat di Tadika Nursyifa, sangat membantu anak-anak belajar solat. Yang paling melucukan, anak-anak ini akan berebut untuk menjadi imam, bukti keyakinan mereka untuk menjadi ketua!

· Sesekali ajaklah mereka ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.


· Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.

· Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.

· Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.

· Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.


Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat.


Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.


· Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.


· Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.


· Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.


· Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.


Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"


Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.


Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.

Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat


Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!


Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!


Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci


Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.


Wallauhua 'lam





Sunday, November 6, 2011

sahabat2 boleh melanggan majalah mahir menerusi borang di bawah..cubAlh..
sesape pn blh cuba,baca&myimpannya sbg koleksi.
u2k adik-adik,sahabat-sahabat,ibu bapa,,
slmt mencubA -*slmt mmpelajari bahasa arab!



Friday, November 4, 2011


سلامت ماجو جاي..كيرا سبولن همفير إي.في.تي

Saturday, October 22, 2011

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan





Tuesday, August 30, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم..السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam Aidilfedtri wt sumer sidg pmbaca y diingati&dihargai.stlh ramadhan,aidilfitri pula mnjelma.Alhamdulillah..
raye puase kali ini penulis n famili tidak k mana-manapn..kali ini,syawal y pertama kami solat aidilfitri di masjid qoryah al-muttaqin bt 16 dusun tue berdekatan.Setelah bersalam maaf-maafan seisi keluarga kami pun ke masjid putra di putrajaya.Raikan kemeriahan di sana sahaja.Berbeza dgn smbutan sebelum ini kami di pondok tampin.Kali ini..xdapat sebab schedule bzla lepas sahaja raya kedua.hi2,sekali-sekala merasa raya d tmpt berbeza pn seronok jg.Disisi ramai foreigner2 dsana.Alhamdulillah..al-fatihah kepada toknde&nenda y sudah tiada.Sempat kami menziarahi pusara toknde di petang sebelum asar akhir ramadhan.Insyallah,jika berkesempatan,kami akan ziarah pula pusara aki di kampung Lebu Bentong Pahang di dalam perjalanan bersama famili ke Terengganu untuk majlis konvokesyen penulis nanti.Sekarang xader citer lain selain persiapan untuk sambung study di kampus iium gombak 4haribulan nanti.Sementara adik2 y bz dalam persiapan trial spm dan gerak gempur Pmr selepas cuti raye ni.Kita bz semak study adik2la kat rumah.Ayahnda jg ada kursus lpsni.Bonda xpernah kering tangan menguruskan kami seisi keluarga.Kakak jg..xlupa,penulis jg.e'hemm..slmt hari raye.Bagi penulis n famili,syawalni kita raye simple2 jela..ramadhan je y meriah nye.Alhamdulillah..smoga ada lagi ramadhan untuk kita nanti.wallahua'lam..


Sunday, August 7, 2011

Aslmualykm..slm ramadhan buat semua pembaca setia pena-biskuit.blogspot.com.Apa khabar ramadhan hari ini.hi2,sedar tak sedar kita sudah pun berada di hari ke tujuh bulan ramadhan.Bgymana perasaan kita..bgymanakh penghayatan ramadhan kali ini?Sahabat-sahabat y dikasihi..marilah kita bersama-sama menghayati keindahan bulan ramadhan.Semoga ramadhan kali ini meningkatkan ma’rifah kita kepada tuhan dan niat kita sentiasa istiqamah untuk ke jalan Allah subahanahu wataala.Insyallah..


Hari ini penulis ingin bercerita tentang sebuah kisah mengenai surah Al-Ikhlas..Kawan-kawan tentu menghafal bacaan ayat surah al-Ikhlas ini.Ianya amat mudah dan ringkas untuk kita sama-sama mengingatinya.Dari kecil lagi,bacaan surah Al-Ikhlas sudah di ajar kepada kita supaya sentiasa di dalam hati dan menjadi bacaan surah pilihan di dalam solat.Penulis sendiri sering membaca surah Al-Ikhlas ini di dalam solat sebagai surah pilihan ketika solat bersendirian.Ianya ringkas dan mudah di hafal.Sahabat-sahabat..marilah sama-sama kita mengamalkan surah Al-Ikhlas.Insyallah..besar kelebihannya kepada kita kerana menurut ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w  pernah bersabda:   ^Ketika aku berisra’ ke langit,aku telah melihat Arasy di atas 360000 sendi dan jarak di antara satu sendi ke satu sendi itu ialah 300000 tahun perjalanan,pada setiap sendi-sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12000,dan luas setiap satu padang sahara itu terdapat 80000 malaikat yang mana kesemuanya membaca Qul huwallahu ahad(surah Al-Ikhlas).


Kemudian Rasulullah s.a.w  bersabda lagi: ^Setelah para malaikat itu selesai membaca surah tersebut maka mereka  berkata : Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini,kami ingin memberikan kepada orang-orang yang yang juga membaca surah al-Ikhlas,sama ada mereka itu dari kalangan lelaki mahupun perempuan..


Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w,maka mereka berasa sangat kagum.Penulis juga berasa kagum sekiranya penulis turut ada di waktu itu.hi2,
Kemudian sidang pembaca,Rasulullah bersabda lagi: ^Wahai para sahabatku,apakah kamu semua kagum?.Maka para sahabatpun brkata: Ya,kami sungguh kagum Ya Rasulullah..


Seterusnya,Rasulullah bersabda lagi:^Demi Allah yang jiwaku di tangannya,sesungguhnya “Qul huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s. “Allahus Somad” itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, “Lamyalid walam yuulad” tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, “Walam yaqullahu kufuwan Ahad” tertulis pada sayap Israfil a.s.  Oleh itu barangsiapa dari umatku yang membaca surah Al-Ikhlas..maka,dia diberi pahala membaca kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran yang agung”.


Sahabat-sahabat y di kasihi,penulis tidak pasti mengenai pekara ini.Hasil bacaan daripada sebuah buku cerita.Akan tetapi,sebagai memenuhi waktu di bulan ramadhan ini..tidak salahkan jika kita berusaha.Insyallah,surah al-Ikhlas ini begitu mudah bacaannya.Sementara duduk-duduk menunggu waktu berbuka.Azan maghrib lagi 15 minit..eloklah kita sama-sama mengisi masa dengan bacaan surah al-Ikhlas.Tidak kiralah di mana pun kita berada.Marilah sama-sama kita berusaha.Insyallah jalan kita di permudah.Wallahu A’lam..


Menerusi erti Qulhuwallahu ahad itu sendiri.Katakanlah bahawasanya Allah..dialah tuhan yang esa.Esa=Satu..La ilaha illallah..Tiada tuhan melainkan Allah.


Salam ramadhan,
Biskuit ^_^