Aslmualykm..slm ramadhan buat semua pembaca setia pena-biskuit.blogspot.com.Apa khabar ramadhan hari ini.hi2,sedar tak sedar kita sudah pun berada di hari ke tujuh bulan ramadhan.Bgymana perasaan kita..bgymanakh penghayatan ramadhan kali ini?Sahabat-sahabat y dikasihi..marilah kita bersama-sama menghayati keindahan bulan ramadhan.Semoga ramadhan kali ini meningkatkan ma’rifah kita kepada tuhan dan niat kita sentiasa istiqamah untuk ke jalan Allah subahanahu wataala.Insyallah..
Hari ini penulis ingin bercerita tentang sebuah kisah mengenai surah Al-Ikhlas..Kawan-kawan tentu menghafal bacaan ayat surah al-Ikhlas ini.Ianya amat mudah dan ringkas untuk kita sama-sama mengingatinya.Dari kecil lagi,bacaan surah Al-Ikhlas sudah di ajar kepada kita supaya sentiasa di dalam hati dan menjadi bacaan surah pilihan di dalam solat.Penulis sendiri sering membaca surah Al-Ikhlas ini di dalam solat sebagai surah pilihan ketika solat bersendirian.Ianya ringkas dan mudah di hafal.Sahabat-sahabat..marilah sama-sama kita mengamalkan surah Al-Ikhlas.Insyallah..besar kelebihannya kepada kita kerana menurut ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w pernah bersabda: ^Ketika aku berisra’ ke langit,aku telah melihat Arasy di atas 360000 sendi dan jarak di antara satu sendi ke satu sendi itu ialah 300000 tahun perjalanan,pada setiap sendi-sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12000,dan luas setiap satu padang sahara itu terdapat 80000 malaikat yang mana kesemuanya membaca Qul huwallahu ahad(surah Al-Ikhlas).
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: ^Setelah para malaikat itu selesai membaca surah tersebut maka mereka berkata : Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini,kami ingin memberikan kepada orang-orang yang yang juga membaca surah al-Ikhlas,sama ada mereka itu dari kalangan lelaki mahupun perempuan..
Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w,maka mereka berasa sangat kagum.Penulis juga berasa kagum sekiranya penulis turut ada di waktu itu.hi2,
Kemudian sidang pembaca,Rasulullah bersabda lagi: ^Wahai para sahabatku,apakah kamu semua kagum?.Maka para sahabatpun brkata: Ya,kami sungguh kagum Ya Rasulullah..
Seterusnya,Rasulullah bersabda lagi:^Demi Allah yang jiwaku di tangannya,sesungguhnya “Qul huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s. “Allahus Somad” itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, “Lamyalid walam yuulad” tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, “Walam yaqullahu kufuwan Ahad” tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu barangsiapa dari umatku yang membaca surah Al-Ikhlas..maka,dia diberi pahala membaca kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran yang agung”.
Sahabat-sahabat y di kasihi,penulis tidak pasti mengenai pekara ini.Hasil bacaan daripada sebuah buku cerita.Akan tetapi,sebagai memenuhi waktu di bulan ramadhan ini..tidak salahkan jika kita berusaha.Insyallah,surah al-Ikhlas ini begitu mudah bacaannya.Sementara duduk-duduk menunggu waktu berbuka.Azan maghrib lagi 15 minit..eloklah kita sama-sama mengisi masa dengan bacaan surah al-Ikhlas.Tidak kiralah di mana pun kita berada.Marilah sama-sama kita berusaha.Insyallah jalan kita di permudah.Wallahu A’lam..
Menerusi erti Qulhuwallahu ahad itu sendiri.Katakanlah bahawasanya Allah..dialah tuhan yang esa.Esa=Satu..La ilaha illallah..Tiada tuhan melainkan Allah.
Salam ramadhan,
Biskuit ^_^
No comments:
Post a Comment