Thursday, September 10, 2009

1 Malaysia:Pelajari bahasa asing


PUTRAJAYA 26 Ogos - Rakyat Malaysia diseru mempelajari bahasa asing sebagai usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia yang mampu menyatupadukan kaum negara ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, kepentingan menguasai bahasa asing merupakan satu aset untuk memahami budaya dan adat sesuatu kaum sekali gus merapatkan jurang perbezaan antara mereka.
''Apabila kita boleh menguasai bahasa kaum lain, tiada masalah untuk kita berkomunikasi atau bertukar pendapat bagi kebaikan kaum masing-masing.
''Kita amat menggalakkan semua rakyat mempelajari bahasa semua kaum negara ini kerana kita hidup dalam satu negara berbilang kaum bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi Kementerian Pelajaran China dan Jawatankuasa Pembakuan Bahasa Cina, di sini hari ini.
Jawatankuasa Pembakuan Bahasa Cina yang ditubuhkan di negara ini kira-kira setahun lalu membantu orang ramai menguasai bahasa tersebut dengan sebutan yang betul.
Melalui usahasama antara beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan jawatankuasa itu, hasilnya ujian penilaian sebutan bahasa Mandarin bakal diadakan di negara ini tanpa perlu ke China.
Seramai 153 peserta menjadi kumpulan pertama dalam ujian itu di mana 113 daripadanya berjaya mendapat keputusan memberangsangkan.
Pada majlis itu, Akademi Pemuda UMNO turut berminat menyertai ujian kelayakan tersebut yang diwakili Izran Salleh sebagai peserta pertama dari kalangan Melayu.
''Ini petanda yang baik, dengan penyertaan daripada Akademi Pemuda UMNO ini kita harap mereka dapat menyemarakkan kempen belajar bahasa Mandarin di kalangan Melayu," katanya.
Menurut Ka Siong, peserta yang ingin menduduki ujian tersebut hanya dikenakan bayaran rendah berbanding di negara lain iaitu 20 peratus daripada RM2,000 seperti di Singapura.
''Sebilangan pelatih bahasa telah dibawa ke sini untuk mengajar bahasa dan cara sebutan yang betul, oleh itu kita harap lebih ramai berminat menguasai bahasa Mandarin terutama orang Melayu," katanya.

Subjek Keusahawanan Sosial di semua IPT


TEMERLOH 6 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi akan memperluaskan pengajaran subjek Keusahawanan Sosial ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melahirkan lebih ramai graduan usahawan pada masa akan datang.
Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketika ini subjek berkenaan telah ditawarkan di beberapa buah universiti antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Jelasnya, subjek berkenaan telah membantu usaha kerajaan mempercepatkan proses melahirkan 10,000 usahawan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Kerajaan berharap semua universiti akan dapat menawarkan subjek ini sebagai usaha melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang keusahawanan pada masa akan datang dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat Bank Rakyat Cawangan Temerloh berjumlah RM45,290 kepada seramai 152 fakir miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan di Masjid Abu Bakar di sini semalam.
Dalam perkembangan lain Saifuddin memberitahu, Yayasan Pendidikan Mara telah memperuntukkan RM200,000 bagi membiayai kelas tambahan calon-calon peperiksaan utama di daerah ini tahun ini.
Katanya, sebanyak RM60,000 adalah untuk membiayai kelas tambahan 3,600 pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Ahli Parlimen Temerloh.
Menurutnya, RM140,00 lagi akan digunakan bagi membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak lama lagi.
"Dengan adanya usaha ini diharapkan pelajar yang menghadapi UPSR pada 8 hingga 10 September ini akan mendapat kejayaan cemerlang," ujarnya.

Malaysia tempat ketiga termurah di Asia


BANGKOK 9 Sept. - Malaysia jatuh tiga anak tangga ke tempat-23 daripada sejumlah 183 ekonomi yang dikaji selidik dalam Laporan Melaksanakan Perniagaan 2010 Bank Dunia yang dikeluarkan hari ini.
Berada di tempat keempat secara keseluruhan di Asia, Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, muncul tempat yang paling mudah untuk mendapatkan kredit di dunia, dengan kos yang paling murah di Asia untuk mengeksport setiap kontena pada harga AS$450 (RM1,575), dan kedua paling rendah untuk mengimport pada AS$450.
Malaysia, berada di tempat ke-24 secara keseluruhan dua tahun lepas, diletakkan pada tempat keempat dalam kategori melindungi pelabur, membayar cukai (24), urus niaga sempadan bersilang (35), memuktamadkan perniagaan (57), menguat kuasakan kontrak (59), pengambilan pekerja (61), pendaftaran hartanah (86), memulakan perniagaan (88) dan berurusan dengan permit pembinaan (109).
Bank Dunia berkata, Malaysia telah meringankan beban pemula perniagaan dengan memperkenalkan pusat sehenti baru bagi menyelaraskan pendaftaran, sambil menambah yang perkhidmatan itu masih baru dan kerajaan merancang mengadakan kempen kesedaran orang ramai mengenai sistem baru ini.
Selain daripada itu, Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia (Maicsa) telah mengurangkan caj diperbadankan dan yuran korporat.
"Menguatkuasa kontrak menerusi mahkamah juga telah dibuat lebih mudah dengan menambah kakitangan serta tarikh akhir yang lebih tegas serta memendekkan tempoh menfailkan kes dari 45 hari kepada 30 hari.
"Dalam pada itu, mahkamah komersial telah disusun semula untuk melupuskan perkara-perkara interlocutory dengan lebih licin," kata bank itu.
Singapura pula ialah ekonomi yang berada di tempat teratas untuk kategori meringankan pelaksanaan perniagaan untuk tahun keempat berturut-turut dengan New Zealand di tempat kedua dan Hong Kong tempat ketiga.
Thailand berada di tempat ketiga di Asia dan ke-12 di dunia, satu anak tangga lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Di kalangan negara Asia Tenggara yang lain, Vietnam di tempat ke-93, Filipina di tempat ke-144, Laos ke-167, Indonesia ke-122, Kemboja ke-145 dan Brunei ke-96.
Bank Dunia berkata, Singapura memperkenalkan perkhidmatan berdasarkan dalam talian dan komputer untuk meringankan syarikat pemula perniagaan, permit pembinaan dan pemindahan hartanah.
Menurut Laporan Melaksanakan Perniagaan 2010: Pembaharuan dalam Tempoh Sukar, antara Jun 2008 dan Mei tahun ini, sejumlah 131 daripada 183 ekonomi seluruh dunia telah membuat perubahan kepada peraturan perniagaan.
Indonesia, pembuat pembaharuan paling aktif di rantau ini, bergerak ke tangga 122 daripada tangga 129 untuk penarafan mengurangkan beban global melaksanakan perniagaan.

p°s-da lame xbc paper.asyik kne perlije dlm lecture en raja(islamic administration).

Wednesday, September 9, 2009


الهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهبلي توبة واغفر ذنوبي
اغفر ذنوبي..
فاءنك غافر الذنب العظيم

Thursday, August 27, 2009

SURAT DARI MAULANA MUHAMMAD TALHA ANAK SHEIKHUL HADITH MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA (RAH) MENGENAI "MANZIL"


Ayat-ayat Al-Quran yang terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai “Manzil”.Alim.ulama dalam keturunan kami telah member keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal.Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal.Oleh sebab itu,kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.
Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan samada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim-ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh member i perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir.Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman.Amalan seumpama ini(dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa,”Tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir.Di samping itu,seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan,pencuri,binatang buas dan lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar”, ´Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan,tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit.Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah,percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah´.
Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripada al-quran yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara asing.Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh(menumpukan perhatian kepada Allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah,sejauh itulah amalan ini boleh member manfaat.Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandawi,
(Syaaban 23,1399)

منزل بالرَّسم العُثمانى

"MANZIL RESAM UTHMANI"

Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan samada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada para ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.

Amalan membaca Manzil ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir.Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman.Amalan seumpama ini telah disebut dalam kitab al-Qaulul Jamil dan Behisti Zewar.

Suatu perkara sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh.Sejauh mana seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah,sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat kepadanya.

p°s:فكر لوحدك لازالة حزنك

Thursday, August 13, 2009

Doa pelindung dari h1n1

Assalamualaikum wbt..
ila akhowat satu malaysia,dlm keadaan kita di ancam oleh jangkitan maut h1n1@influenza A selesema babi yang didatangkan oleh Allah swt kpd kita sbg ujian@bala,sy mengajak anda semua melakukan solat hajat&solat taubat sebanyaknya dan membaca doa-doa khas u2k penyakit2 berjangkit,banyakkan membuat kerja dakwah nabi saw,jgn sekali-kali tinggalkan solat,berjemaah disurau@masjid,sebab ini semua amalan yang sangat menyukakan Allah taala.

Dalam kitab doa-doa pilihan yang ditulis oleh
الشيخ ابن أحمد التميمي الماليزي رحمة الله عليه(seorang murshid)ada satu doa yang sangat masyhur dikalangan org2 zaman dahulu,iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit berjangkit seperti taun,denggi,selesema burung,pernafasan akut,selesema babi h1n1 dan jenis-jenis penyakit berjangkit.

Marilah seluruh rakyat Malaysia kita bergotong-royong membaca sebanyak-banyaknya doa dibawah ini,niatkan untuk diri sendiri,keluarga tercinta&seluruh rakyat malaysia.Mohon doa merayu kpd Allah swt,smoga kita semua rakyat malaysia&sesiapa juga yang memijak bumi malaysia selamat dan dilindungi serta dihindarkan oleh Allah taala dari bahaya semua jenis jangkitan maut selama-lamanya.
amin..ya Rabbal ´Alamin.

"BETULKAN YAQIN KITA SETIAP MASA,SESUNGGUHNYA SETIAP PENYAKIT ITU DATANGNYA DARI ALLAH TAÁLA,SIHAT JUGA DATANGNYA DARI ALLAH"

inilah doa pelindung dari semua penyakit maut berjangkit oleh Asy-Sheikh Ibnu Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi rahmatuLlahi álaih(seorang mursyid):

لي الخمسة أطفي بها حر الوباء الحاطمة المصطفى والمرتضى وابنا هما مع فاطمة"
ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit.mereka itu ialah nabi yang terpilih,Ali yang diredhai,Fatimah&ketua anaknya(Hassan&Hussein)"

-Baca lps solat lima waktu 7x atau 21x atau 40x,dan bacalah juga sepanjang masa setakat yang mampu.
-Disediakan oleh Ustaz Thalut@Muhammad Adeeb b.Sakiran,Qisim Dakwah Bebas,Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)kATEGORI:D1-D2&D3-No rujukan Fail JAI/SEL/O3/024/5/14LD2
H/P-0123255934

Wahai kaum muslimin/tolong fotostat 100 atau seberapa yang mampu,sebarkan kpd seluruh rakyat malaysia.

p/s:Ry2 nak print assignment kat bilik sorg sis.dia bg ini.lameni mmg ader gak cari2.tp blum jmp ag.thankz sis..Alhamdulillah.