Thursday, August 27, 2009

SURAT DARI MAULANA MUHAMMAD TALHA ANAK SHEIKHUL HADITH MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA (RAH) MENGENAI "MANZIL"


Ayat-ayat Al-Quran yang terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai “Manzil”.Alim.ulama dalam keturunan kami telah member keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal.Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal.Oleh sebab itu,kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.
Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan samada duniawi atau ukhrawi.Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim-ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil” ini boleh member i perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir.Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman.Amalan seumpama ini(dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa,”Tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir.Di samping itu,seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan,pencuri,binatang buas dan lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar”, ´Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan,tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit.Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah,percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah´.
Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripada al-quran yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara asing.Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh(menumpukan perhatian kepada Allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah,sejauh itulah amalan ini boleh member manfaat.Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Maulana Muhammad Talha,
Khandawi,
(Syaaban 23,1399)

No comments: